Jumaat, 20 Jun 2008
Tiga Kriteria yang Harus Diperhatikan Sewaktu Memilih Web Hosting
1. Berbagi Alamat IP
Banyak penyedia web hosting tidak memberikan alamat IP khusus kepada pelanggannya. Sebaliknya, banyak laman web berkongsi satu alamat IP yang sama. Bagaimana kalau di antara laman web yang berkongsi IP itu adalah laman web yang-baik sengaja atau tidak sengaja-melakukan spamming terhadap laman mesin pencari? Apakah Anda mau berkongsi alamat IP yang sama dengan laman web semacam itu? Tentu tidak, bukan? Jika Anda bersedia, Anda akan terkena pepatah,"Orang lain makan nangka, Anda kena getahnya”.
2. Downtime
Ini adalah hal yang jelas. Jika laman web Anda tidak boleh running 24/7, orang tidak akan dapat menemui laman web Anda. Begitu pula halnya dengan "spider" dari laman mesin pencari. Sang "spider" akan menyangka bahwa laman web Anda sudah hilang dan karenanya "spider" akan mengeluarkan URL laman web Anda dari indeksnya.
Demikian pula, jika laman web Anda sudah diindeks dan sudah menempati urutan atas, itu semua akan hilang dan Anda pun harus lagi memulai dari mula. Anda harus melakukan submit kembali dan menunggu beberapa minggu atau bulan lagi sampai "spider" melakukan reindex.
Sebagai kesimpulannya, manfaatkan suatu laman web yang memberikan jasa dapat memonitor suatu laman web 24/7. Laman itu akan menjamin Anda setiap saat jika laman Anda hilang sesaat karena masalah downtime dari suatu hosting server.
3. Tidak Ada Logs
Fasilitas akses ke logfile adalah sesuatu yang tidak dimiliki oleh setiap jasa penyedia web hosting. Beberapa penyedia web hosting ada juga yang menyediakan logfile, namun tidak memberikan fasilitas referrer information (maksudnya informasi yang akan memberi tahu dari laman mesin pencari mana seorang pengunjung berasal dan keyword apa yang dilayari olehnya).
Beberapa hosting yang lain sering menghapus logfile tersebut sehingga sulit menggunakannya secara efektif. Oleh karena itu, pastikan hosting Anda memberikan Anda akses ke logfile yang masih mentah (raw). Sangat dianjurkan memberikannya dalam format "Extended Common Log File". Ini adalah format standard yang dapat dibaca oleh hampir kebanyakan software penganalisis logfile, seperti netgen.com atau webtrends.com.
Server logs akan memberikan informasi yang sangat berharga bagi upaya Anda untuk mengoptimisasi halaman web Anda. Server logs juga akan mencari tahu laman mesin pencari apa yang digunakan oleh pengunjung yang datang ke laman Anda, keyword apa yang mereka layari di kotak pencarian, dan dari laman mesin pencari mengunjungi laman web Anda. Ini adalah informasi yang sangat penting. Sulit jika Anda tidak memiliki informasi semacam ini.
Selasa, 17 Jun 2008
Bagaimana Menghasilkan Laman Web Yang Baik Lagi Bermutu
Namun begitu segala yang dinyatakan di atas adalah perlu bagi mewujudkan laman web yang terbaik jika kita sebagai pereka laman web bijak menggabungkannya antara satu sama lain.
Di bawah ini saya senaraikan perkara-perkara penting di dalam asas kita untuk mereka bentuk sebuah laman web.
- Sasaran
Apabila kita ingin menembak, kita akan menembak mengikut sasaran yang dikehendaki. Kalau kita mahu menembak burung , kita akan sasarkan pada burung bukannya buaya. Begitulah juga dengan laman web, sebelum merancang menubuhkan laman web, fikirkan dahulu siapakah sasaran pengunjung yang kita inginkan dan cuba "memahami" jiwa dan diri pengunjung tersebut. - Isi Kandungan
Pernah tidak anda membeli sebuah buku kerana kulit buku tersebut sangat cantik? Saya secara jujurnya saya pernah walaupun isinya tidak seperti yang saya inginkan. Lama kelamaan saya bosan dan buang buku tersebut.
Kita kena faham tujuan internet dicipta pada awalnya adalah untuk menyampaikan maklumat. Sehingga kini, peratusan manusia melayari laman web adalah untuk memperolehi maklumat. Oleh itu, laman web yang akan dicipta kelak wajib mempunyai isi kandunagn atau maklumat yang terbaik untuk dibaca oleh pengunjung sasaran kita. - Tema
Oleh itu, pereka perlu mengetahui apakah tema laman web yang ingin direka. Adakah berbentuk formal,berbentuk pendidikan,hiburan,riang-riang,dan sebagainya. Setiap bentuk tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti warna, tulisan, susun atur, penyampaian maklumat, gambar dan sebagainya.
Rangka Mudah Untuk Membina Website
- Introduction
- Requirement
- Website Flows
- System Flows
- Database
- Determine the attributes
- Create The Tables
- PHP/Dreamweaver
- Working With Layout
- Connect To Database
(p/l: sorila dlm english language)
Langkah2 Membina Website
Terdapat beberapa kriteria yang penting untuk laman web / website yang berkesan ialah:
- Website tersebut mesti menyatakan tujuan bagi pemiliknya.
- Pengguna website boleh menggunakan website kita untuk mendapatkan maklumat atau melaksanakan kerjanya tanpa masalah.
- Website juga selalu diselenggara dan updated / dikemaskini.
Ia dilihat seperti mudah bukan? Kebanyakan website adalah tidak sepenuhnya berkesan ataupun kurang berkesan. Ini kerana mereka gagal melaksanakan sesetengah kriteria di atas. Mari kita lihat satu persatu kriteria di atas dengan lebih terperinci:
1. MENYATAKAN TUJUAN WEBSITE
Website wujud untuk menyatakan tujuan bagi pemiliknya. Walupun pelbagai jenis website seperti blog, portal, minisite bisnes dan lain-lain lagi, masing-masing mempunyai tujuan tertentu yang menurut kehendak pemiliknya. Kebanyakan laman web adalah berkonsepkan perniagaan / pemasaran yang semakin berkembang pesat di Amerika dan negara barat yang lain. Tetapi laman web berkonsepkan perniagaan di Malaysia masih belum berkembang secara menyeluruh lagi.
Antara tujuan laman web berkonsepkan perniagaan yang lazim ialah:
- Melakukan promosi perniagaan
- Menarik pelanggan baru
- Meyakinkan pelanggan yang ada
- Membina hubungan yang baik dengan pelanggan
- ..untuk 24 jam / hari, 7 hari / minggu, seluruh dunia ? membina rangkaian global tiada batasan masa.
- Menjimatkan masa pekerja dengan menyediakan maklumat secara automatik.
- Untuk memindahkan dokumen dengan lebih cepat.
- Membuat jualan menerusi website.
2. KEBOLEHAN & KEUPAYAAN WEBSITE
Website adalah berkebolehan dan berkeupayaan jika?
- Ia boleh dijumpai apabila menggunakan enjin carian atau link daripada website lain
- Ia mudah dan cepat di paparkan (load) di computer pelawat
- Setiap pelayar internet (web browser) boleh memaparkannya tanpa ada kekangan
- Ia jelas dan mudah dibaca
- Ia tidak menyakitkan hati / menganggu pelawat sewaktu melawatnya
- Pelawat mudah membaca atau mencari maklumat yang diperlukannya
3. SELALU DIKEMASKINI
Jangan hanya pandai buat website, tetapi malas mengemaskini. Perkara ini perlu dititik beratkan kerana ia adalah satu teknik tarikan pelawat buat kali ke-2 atau selamanya. Jika anda membina laman web yang berorientasikan maklumat, perkara ini amatlah perlu dilakukan. Pelawat sangat berharap maklumat terbaru apabila mereka sudah melihat maklumat sebelumnya di laman web anda. Dari segi antaramuka grafik pula, ia tidak lah terlalu penting untuk dikemaskini. Apa yang paling penting ialah maklumat yang disampaikan tersebut perlu sentiasa dikemaskini atau ditambah dengan maklumat yang baru. Walaupun bukan setiap hari, tetapi sekali seminggu sudah memadai.