Selasa, 17 Jun 2008

Bagaimana Menghasilkan Laman Web Yang Baik Lagi Bermutu

Mereka bentuk sebuah laman web tidak boleh di anggap mudah, hal ini kerana sesebuah laman web yang dicipta semestinya mempunyai matlamat yang ingin di capai. Sesebuah laman web tidak di anggap baik dengan hanya kerana rekaannya yang menarik atau warna yang berwarna warni atau penggunaan program yang hebat seperti Dreamweaver atau penggunaaan program2 CMS yang hebat seperti JOOMLA!/MAMBO atau isi kandungannya yang padat serta panjang.

Namun begitu segala yang dinyatakan di atas adalah perlu bagi mewujudkan laman web yang terbaik jika kita sebagai pereka laman web bijak menggabungkannya antara satu sama lain.

Di bawah ini saya senaraikan perkara-perkara penting di dalam asas kita untuk mereka bentuk sebuah laman web.

  1. Sasaran
    Apabila kita ingin menembak, kita akan menembak mengikut sasaran yang dikehendaki. Kalau kita mahu menembak burung , kita akan sasarkan pada burung bukannya buaya. Begitulah juga dengan laman web, sebelum merancang menubuhkan laman web, fikirkan dahulu siapakah sasaran pengunjung yang kita inginkan dan cuba "memahami" jiwa dan diri pengunjung tersebut.
  2. Isi Kandungan
    Pernah tidak anda membeli sebuah buku kerana kulit buku tersebut sangat cantik? Saya secara jujurnya saya pernah walaupun isinya tidak seperti yang saya inginkan. Lama kelamaan saya bosan dan buang buku tersebut.
    Kita kena faham tujuan internet dicipta pada awalnya adalah untuk menyampaikan maklumat. Sehingga kini, peratusan manusia melayari laman web adalah untuk memperolehi maklumat. Oleh itu, laman web yang akan dicipta kelak wajib mempunyai isi kandunagn atau maklumat yang terbaik untuk dibaca oleh pengunjung sasaran kita.
  3. Tema
    Oleh itu, pereka perlu mengetahui apakah tema laman web yang ingin direka. Adakah berbentuk formal,berbentuk pendidikan,hiburan,riang-riang,dan sebagainya. Setiap bentuk tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti warna, tulisan, susun atur, penyampaian maklumat, gambar dan sebagainya.

Tiada ulasan: