Khamis, 18 Disember 2008

Apa itu PHP ?

PHP adalah PHP Hypertext Preprocessor dan terdiri dari perkataan Personal Home Page.. PHP adalah bahasa scripting yang boleh berinteraksi dgn server. Ia juga boleh digunakan di dalam HTML itu sendiri. Ini menjadikan PHP ini lebih senang di fahami berbangding dengan pesaing nye yg lain seperti ASP, Cold Fusion, JSP, Perl, Python dan lain-lain.

PHP telah dicipta terutama untuk kegunaan WEB dan boleh meghubungkan,query database dan menggunakan simple task yg boleh di uruskan dengan 3,4 baris code sahaja. PHP adalah bahasa programming yang baru di bangunkan dalam sekitar tahun 1994/95. Malah pengunaannya masih baru di malaysia dan sedang meningkat popular kegunaannya. PHP dapat menukarkan dari static website yang menggunakan HTML ke dynamic web pages yang berfungsi secara automatik seperti ASP,CGI dan sebagai nya..

Sejarah PHP
Dalam sekitar tahun 1994 apabila Rasmus Lerdorf telah meletakan bersama Perl scripts unutk mengesan siapakah yang telah melihat resume nya. Kemudian sedikit demi sedikit pengunna atau programmer mula menyukai script ini dan kemudian telah di bentang kan sebagai package iaitu Personal Home Page tools. Dengan pengalakkan ini dia telah mencipta engine untuk script ini dan mencipta tool yang lain untuk mengambil input dari HTML form:FI, Form Interpreter juga dikenali sebagai PHP/FI atau PHP2. Ini berlaku dalam sekitar tahun 1995.
Kemudian pengunna mula menggunakan tool ini untuk kegunaan yang lebih rumit lagi dan pembagunan script ini telah berpindah dari orang perseorangan kepada kumpulan pembangun (group core developers) untuk membangunkan project ini.
Ini adalah permulaan PHP3. Kumpulan ini terdiri daripada (Rasmus Lerdorf, Andi Gutmans, Zeev Suraski, Stig Bakken, Shane Caraveo dan Jim Winstead) yang telah mengembang kan lagi kegunaan scripting engine ini dan telah menambah simple API untuk memboleh kan lain-lain programmer untuk menambahkan kuasa serta kegunaannya dengan menulis berbagai-bagai modules kepada bahasa ini.
Manakala PHP4 atau PHP version 4 pula applikasi pertamanya terdiri dari Zend engine (http://www.zend.com). Zend engine ini juga termasuk dalam package yang lain seperti MySQL untuk meningkat kan mutu simpanan procedures di dalam database.
PHP merupakan bahasa skrip sumber terbuka bertujuan am. Ia amat sesuai untuk pembangunan web dan kodnya boleh dibenamkan dalam kod HTML. Disebabkan sebahagian besar PHP menumpu kepada skrip pelayan, ia berupaya membuat lebih banyak daripada apa-apa yang boleh dibuat oleh atur cara CGI, termasuknya isi kandungan laman web yang dinamik.

Tiada ulasan: